Antara
topik yang sering dikongsikan adalah – membuat pilihan tentang jodoh.
Pilihan
itu terasa lebih sukar kerana kedua-dua calon itu kelihatan baik dan punya
kelebihan masing-masing.
Juga
diketahui ada kelemahan masing-masing, yang membuatkan kita amat berhati-hati
bercampur bimbang membuat pilihan.
Teman-teman dan adik-adik yang
dikasihi, ambillah masa yang sewajarnya untuk ta’aruf dan bangunkan komunikasi
samada secara direct atau
melalui orang tengah.
Adalah
penting usaha kita sebagai seorang insan untuk merisik, menyiasat, menyoal
selidik dan segala bentuk pencarian maklumat dan latar belakang insan yang kita
cenderung menerimanya sebagai teman hidup.
Bukan
mencari kesempurnaan, bukan menyelongkar keaiban insan lain – namun penyiasatan dan pemerhatian kita
kepada bakal pendamping adalah persediaan penting.
Ia
menjadi pembuka mata untuk kita membina rumahtangga dengan lapang dada dan
bersedia dengan kemungkinan yang tiba.
Sebaiknya penyelidikan kita itu, kita
musyawarahkan dengan ibu dan ayah atau orang-orang yang amanah serta berilmu.
Kita bukan meminta orang lain membuat keputusan, namun pandangan mereka akan
menjadiextra ’mata’
dan ‘telinga’ untuk kita memilih teman hidup dengan teliti.
Jika
kelak kita telah membuat keputusan memilih samada si A atau si B, ada
perkara-perkara penting pula untuk DIRI KITA sendiri fokus dan lakukan.
Usah
bermain-main dengan keraguan perasaan…
Akankah
lelaki ini kelak membahagiakan diriku?
Adakah
lelaki ini akan menjadi pemimpin yang baik untukku?
Akan
tulus ikhlaskah cinta kasihnya padaku?
Adakah
lelaki ini kelak akan menghormati dan menghargaiku sebagai seorang isteri?
Bagaimana
kelak dia akan melayaniku sebagai isteri, akan santun dan baikkah pekertinya?
Adakah
kelak lelaki ini akan boleh menyesuaikan diri dan berbuat baik dengan ahli
keluargaku?
Adakah
hati ini akan bahagia menjadi isteri kedua, terlibat dengan poligami?
Sesungguhnya persoalan-persoalan ini adalah
penting bukan untuk si dia bakal suami, tapi manfaatkanlah persoalan ini untuk
perbaikan diri kita dalam menjadi seorang isteri.
Jika
jawapannya tidak seperti yang kita jangkakan dan harapkan, bila-bila masa
sahaja alam pernikahan akan mengundang kecewa dan gundah berpanjangan.
Sebaliknya,
marilah bertanya pada diri…
Wahai
diri, adakah keperibadian seperti diri ku ini kelak akan membahagiakan hati
seorang suami?
Adakah
karakter diriku ini membuatkan suamiku tenang dan senang dengan diriku sebagai
orang/ isteri yang dipimpin?
Mampuku
diriku tulus mencintai suami kerana Allah, bersabar dan berhikmah dengan seribu
satu kelemahannya?
Mampukah
kelak diriku menghormati keputusan dan tindakan suamiku sebagai pemimpin, walau
ia berbeza dengan kehendak dan rasa hatiku?
Mampukah
diriku menjadi isteri yang merasa cukup (qanaah) dan menghargai pemberian dan
kebaikan suami setulusnya?
Kelak
adakah diriku mampu untuk memilih akhlak seorang isteri yang penuh ketaqwaan
sewaktu hati dicuit ketidakpuasan dan kemarahan jua kesedihan?
Harus
bagaimana nanti untukku menyesuaikan diri jika ibu bapa mertua dan ipar duai
tidak serasi cara hidup dan pemikiran mereka denganku?
Seandainya
diriku menjadi isteri kedua atau ketiga, apakah sumbangan dan perananku untuk
menambah kebahagiaan suami dan keluarganya yang sedia ada?
Nah..
ayuh kita bersama menjawab persoalan ini, dan mengubah diri menjadi lebih baik.
Ya,
kita takut tersalah pilih dalam membuat keputusan untuk pernikahan,namun
percayalah Allah bersama-sama dengan orang yang melakukan kebaikan, yang
sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan.
Sikap,
karakter diri, dan penghayatan Islam pada diri kita sendiri insya-Allah kelak
akan bawa pengaruh yang besar pada suami dan rumahtangga.
Saat
ini, berusahalah memilih calon suami yang beriman, usah keterlaluan memikirkan
masa depan yang kita tak ada kawalan.
Isteri
yang baik, tidak semestinya memiliki suami yang baik, kerana pernikahan adalah
ruang ujian, teman hidup kita boleh saja menjadi ujian getir dalam hidup yang
sebentar ini.
Suami
akan berubah – cepat atau lambat, namun moga sifat dan sikap kita yang
penuh nilai-nilai kebaikan mampu menjemput suami dan anak anak berubah kepada
jalan yang dicintai tuhan.
- I luv Islam -
No comments:
Post a Comment