Malam itu
lunak. Tanpa dikaburkan bait irama yang disangka nan indah. Diserakkan bersama
rasa malu. Puncak akhlak itu kian tertinggi, antara dua keping jiwa. Berkorban
rasa pinta direnyaikan. Bilakan saat terindah itukan terjaga. Teruskan
terpelihara, lamanya hingga usai siap siagalah mereka. Dalam hati sang pendoa,
sentiasa rasa terhibur. Pada resah yang bersinggah. Pada kelu sendu, direlungi
titisan air matanya.
Tahajjud malam hari kan mendekatkan yang jauh. Yakin
dan tulus. Semakin tunduk dan mendekatlah sayup doa yang sama. Meminta untuk
dijauhi. Memohon agar hati tidak sesekali dicemari.
Mempercayai bisik harap. Sentiasa ia bersuara. Kerap
dan sentiasa pinta dijauhkan. Sebelum waktunya. Sungguh, jiwa-jiwa yang
mencintai keredhaan Tuhannya. Tidak sesekali inginkan kalimat indah. Terpacul
penuh mudah. Tertulis penuh bait. Ia mahu untuk disimpan. Iakan mahu untuk
dihijab. Iakan sentiasa gamang. Pada gerun takut pada zina. Bukankah
terindahnya kerna menjauhi kotor dan keji? Dan sering hati dan segala anggota
meneguk terus, ungkap-ungkap suci dan telus dari Tuhannya.
“Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya
kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang
terpilih.” (Yusuf, 24)
Seribu musim pun akan terus berlalu. Saat fikir tiada
lagi akan sebuah penantian. Jauh dari dasar hati, mahu iakan muncul di
akhirnya. Sungguh, tetapnya hati itu. Kerna tetapnya istikharah yang berdesir.
Pada wajah yang tak pernah nampak, pada suara yang tak pernah tersurat.
Menjauhi corong emosi. Bergetar pada sebelahnya nafsu
yang maha keji. Menyiratkan malu yang bertemu. Sujud terindah dan tertulislah
kedekatan sebuah taqdir. Akan sebuah rindu terindah. Tersiksa kerna berusahanya
dari sisi halal. Terperit kerana doanya tak pernah menipis. Tersedu sedan kerna
memilih simpang yang sulit namun penuh tulus dengan bait keimanan haqiqi. Demi
semata-mata meraih RedhaNya. Kerna rasa padaNya adalah yang utama dan pertama!
Lantas, jalan itu dilalui.
Berusaha sentiasa perlu bermuhasabah. Usah sampai
segalanya nampak putih dan gebu. Sedang syariat bersuara serak menafi rindu di
qalbu. Memilih untuk mencintai. Umpama berkorban tanpa henti. Umpama menanti
suatu yang pasti. Bukankah?
Malam akan sentiasa mendatang. Bingit menyiksa hingga
kapan pun hilang bicara. Menulis rangkap bisa buat hati yang menanti.
Bernafasnya DEMI dan HANYA Ilahi. Simpang kanannya bercahaya. Sulit. Pandanglah
ke hadapan.
Kesulitan takkan pernah berubah pada namanya. Ia kan
sentiasa bersifat sukar. Ianya berduri. Ianya perlu iman tebal di hati. Ianya
perlu redha ayah dan ibu yang dicintai. Ia juga, sentiasa melukis pada sebuah
kanvas hijrah. Kepada kebaikan. Kepada kesempurnaan.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang
AKU, Maka (jawablah), bahwasanya AKU adalah dekat. AKU mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu
memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar
mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Baqarah, 186)
- iluvislam.com
No comments:
Post a Comment