Tuesday 15 November 2011

~berubahlah hanya kerana Allah~


Saya ditanya tentang bagaimana untuk berubah.Biasanya saya terdiam sebentar.Berfikir di paras manakah jawapan yang harus saya berikan.

Saya meletakkan sikap berhati-hati dalam memberi tafsiran berubah.Bimbang jawapan yang diberi tidak memuaskan nafsu si penanya.
Dan semestinya,perubahan yang dimaksudkan adalah perubahan menuju kebaikan.Untuk lebih jelas,bagaimana untuk berubah dari diri yang sering membuat maksiat kepada diri yang sentiasa mendambakan rahmat dan berkat.

Saya bukanlah orang yang benar-benar mampu untuk bercakap bagaimana untuk berubah kepada kebaikan kerna saya sendiri sering melakukan maksiat.

Bagi saya BERUBAH ITU ISTIQAMAH.Ulama mendefinisikan istiqamah sebagai amalan yang dilakukan secara berterusan dan dikatakan lebih baik dari seribu karamah(keramat bagi istilah Melayu).

Apabila seseorang ingin berubah dia memerlukan istiqamah.Dan sebelum dia mencapai tingkat istiqamah,ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.

Saya letakkan DETERMINATION sebagai langkah pertama perubahan diri kita.Atau dalam bahasa Melayunya : Azam,Tekad,Kejituan.Saya rangkumkan semua ini.

Dalam Islam sendiri,bagaimana Rasulullah sendiri meletakkan soal niat di tangga teratas sesuatu amalan.
انما الاعمال بالنيات
"Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan NIAT"

Implikasi niat atau azam atau determination cukup besar dalam menentukan hala tuju perubahan yang kita lakukan.Jika kecil azam untuk kita berubah,natijahnya juga kecil dan barangkali langsung tidak berlaku perubahan.

Untuk berubah tanamkan hati anda dengan azam terlebih dahulu.Kemudian baru teruskan dengan langkah seterusnya.


sumber : http://pengembaraminda.blogspot.com/2011/06/muhasabahberubahlah-kerana-allah-1.html

No comments:

Post a Comment